Apa itu Hard Disk IDE & SATA?
Fungsi hard disk adalah tempat kita simpan data, fail, lagu. movie, software dan sebagainya. Hard Disk pula mempunyai 2 jenis iaitu IDE & SATA. Rekaan kabel yang membezakan kedua-duanya. Hard Disk SATA adalah teknologi lebih maju dari IDE.
Mengenali IDE (PATA) Cable
IDE (Integrated Drive/Device Electronics) ialah kabel bus yang digunakan untuk menghubungkan Hard Disk (juga CD Drive, Floppy Drive) kepada motherboard.
IDE cable juga disebut sebagai PATA (Parallel Advanced Technology Attachment) iaitu cabel ATA berjenis selari.
Mengenali SATA
SATA (Serial SATA) pula adalah teknologi terbaru bagi menggantikan IDE. Penggunaannya sama seperti IDE, tetapi mempunyai banyak kelebihan berbanding IDE.
Kenapa Perlu Beralih Kepada Teknologi SATA?
Pada masa ini, kebanyakkan peranti/device dipasaran adalah lebih tertumpu kepada SATA berbanding IDE. Dari pemerhatian XLAWS juga, berkemungkinan besar pada suatu masa nanti IDE tidak akan dikeluarkan lagi. Kita dapat lihat motherboard, Hard Disk, DVD Drive dan seumpamanya jenis SATA telah semakin banyak dikeluarkan oleh di kilang berbanding IDE yang semakin sukar untuk didapati pada masa kini.
Kelebihan Teknologi SATA berbanding IDE
- Pemasangan yang sangat mudah berbanding IDE. Dengan IDE, kita perlu membuat "Jumper Setting" yang betul dan aturan prosedur master-slave yang betul, tetapi SATA kita hanya sambungkan mengikut port yang betul sahaja.
- SATA sesuai untuk membaca Hard Disk berkapasiti besar dengan pantas.
- SATA menggunakan tenaga elektrik yang kurang berbanding IDE. Sebab itu kita dapati Hard Disk IDE cepat panas apabila digunakan, tetapi Hard Disk SATA masih tidak panas walaupun telah lama digunakan.
- Pemasangan SATA lebih kemas dan menjimatkan ruang di dalam casing komputer. Dengan adanya ruang yang lebih di dalam casing, maka aliran udara lebih baik bagi mengurangkan haba di dalam casing.
Komentar
Posting Komentar